Monday, March 15, 2010

tak Faham....u$ahaLah baGi faHam!!



Risalah yang aku bawa amat mudah kerana ia bermula dari satu..dari bawah…dan ia terbukti berjaya pada 1400 tahun dahulu..dan kini, ia bisa berjaya jika dilaksanakan sepenuhnya dengan kefahaman,keamanan, kejujuran, semangat tinggi, iman yang mantap dan kesedaran diri dlm menegakkan agama tercinta..iaitu ISLAM…

bermula dengan tarbiyah individu, membina baitul muslim(keluarga yang penuh dengan semangat perjungan), membina masyarakat yang prihatin, membina daulah islam, membina khilafah islamiah kembali dan akhirnya menjadi ustaziatul alam( guru kepada dunia) satu masa nanti..biarlah ia menjadi impian kita…sekurang-kurangnya nanti kita mati dalam perjuangan SYAHID!!

“Impian harini adalah kenyataan esok hari dan kenyataan harini adalah impian semalam”..kata imam hasan al banna

Ramai yang tak menyedari hakikat ni..baru2 ni, aku keluar dengan teman2 lamaku ke bandaraya kota kinabalu…aku keluar dengan satu matlamat..dan matlamat itu dirahsiakan…

Mula2, tujuan kami adalah ingin melihat pameran Jom Masuk UMS…tapi, setelah habis mengunjungi pameran tersebut, mereka membawa aku ke salah satu pusat membeli belah yang sangat terkenal…terkenal dengan kesibukannya, terkenal dengan kemurahannya, terkenal sebagai pusat utama di kota kinabalu ini, yang menyedihkan juga..ia terkenal dengan tempat perjumpaan pasangan yang tidak sah ikatannya, terkenal dengan tempat pergaduhan gangstar, terkenal dengan kemaksiatannya, terkenal dengan pelbagai jenis anak2 muda dan juga terkenal sebagai tempat enjoy dan munaqashah pelajar2 sekolah agama yang ada di sabah..termasuklah pelajar2 sekolah aku….masyallah..la haula wa la quatta illa billah hil a’zim…nauzubillah….sakit dan sedih hatiku melihat kawan2 ku sendiri yang baik akhlaknya, yang dulunya meng-anti kapel…akhirnya, terjebak ke kancah “kapel” yang amat seronok dan nikmat bg seorang syabab yang tidak mantap iman..berpegangan tangan, menyandarkan kepala dan mcm2 lagi tindakan yg mereka lakukan…

Aku menulis ini bukan untuk meng-aim sesiapa…ini untuk peringatan diriku sendiri…ada pepatah mengatakan, orang yang bercakap akan lebih banyak diuji dengan perkara2 yang dicakpkan olehnya…aku hanya ingin menyampaikan sahaja apa yang aku rasa…kawan-kawan ku sendiri tidak mencerminkan diri mereka sebagai bekas plajar sekolah agama, kawan-kawan ku sendiri pergi tgk wayang…walhal, ada sesetengah daripada mereka tahu, bahawa tgk wayang ada banyak keburukannya…dr segi duniawi dan ukhrawi..tapi, biasalah kan..kalau benda seronok ni, semua nak cuba try test, semua dianggap baik dan bisa sahaja..kadang2 aku juga ada melihat sekeluarga islam pergi tgk wayang…dr pada bapa, mak, hinggalah ke anak2…kalau kita fikir scr logik, panggung wayang adalah tempat yang gelap, sunyi dan syubhah…walaupun kita pergi dengan keluarga,tapi bukankah kita dianggap bersubahat dengan orang2 yang tidak pergi dengan keluarga mereka masing2, pergi dengan pasangan yang tak sah, pergi dengan kwn2 lelaki permpuan yang bukan muhrim …bukankah itu dikira bersubahat? Bukankah itu dikira menykong perbuatan maksiat? Masyallah..banyakkan istighfar…selawat atas nabi… ampunkanlah dosa2 orang2 mukmin….

Kalau kita lihat di sini, orang2 kafir, lebih2 lagi yahudd lakanatullah…telah berjaya meresap kedalam hati individu skrg ini..walaupun rakyat malaysia tidak menyedarinya, tetapi mereka telah melakukannya..cubalah sedar hakikat ini para blogger sekalian…mcm mana nak tegakkan balik sebuah rumah, andai bata2 rumah tersebut tidak berkualiti, mudah runtuh, dan tidak berguna langsung untuk pembuatan rumah tersebut….macam mana nak tegakkan kembali khilafah islamiah, andai orang2 islam sendiri tidak berkualiti, tidak ada fikrah perjuangan, tidak ada tarbiyyah dlm diri, tidak ada sifat mahmudah, mudah goyah, dan tidak berguna…hanya memperhambakan diri semata-mata kepada duniawi, duit, harta, perempuan dan NAFSU!!

Ya ALLAH, bagi blogger2 yang menyedari hakikat kebinasaan umat islam kini, yang telah kalah dengan kuasa besar, padahal Islam lah dahulu yang menjadi ustaziatul alam, yang menjadi role model kepada dunia ini…lindungilah mereka dr anasir jahat, godaan syaitan dan semua perkara yang boleh menjatuhkan iman, hati dan jiwa...mohon sama2 tingkatkan lagi keimanan, semangat dan yang paling penting, pentarbiyahan diri kita..ada banyak cara utk melakukan semua itu, sertailah usrah yang benar…sertailah majlis2 ilmiah…pilihlah kawan yang baik…belajarlah bersungguh-sungguh dan mahirkan bidang yang diambil….sesungguhnya, semua itu amat berguna untuk menjadi seseorang yang berkualiti dan berguna untuk Islam tercinta..

: إن لم تزد شيئا على الدنيا كنت أنت زائدًا على الدنيا
Sesungguhnya sesiapa yang tidak menambah apa2 di dunia ini, maka dia lah penambah yang tak berguna di dunia ini


Hadis >> Manusia ibarat seratus unta ,hampir-hampir dari seratus itu engkau tidak mendapatkan seekor unta yang mampu memikul beban”.

Renung-renungkan…dan slamat beramal para blogger…

P/s> maaf kalau penulisan penawar ini, ada menyinggung perasaan sesiapa..dan mohon tunjuk ajar jika ada kekurangan..dan kalau salah, tafadhhal utk bgtaw yer…marilah kita saling ingat-mengingati jika ada khilaf masing2….penawar sayang semua kerana ALLAH SWT….
La Ilaha Illa allah….muhammad dan rasulullah….

0 comments: