Thursday, February 11, 2010

Abi aku dah tua......


Selamat hari lahir buat abi yang tersayang….

Hari ni Rabu, 12 Februari 2010, hari lahir abi yang ke- ?... Apa nak buat yer??? Kalau kami beli kek pun, duit abi jugak…kalau nak beli hadiah kat abi, duit abi jugak... slalunya kalau di asrama, aku buatkan kad istimewa untuk abi..tapi tahun ni, ntah nak wat aper… penuh dah kad besday kat office abi… silap2 ada jugak yang abi buang…Apa2 pun, macam biasa, ni blog aku..jadi suka hati nak tulis apa…saper nak baca, tafadhal…saper rasa laghah, tinggalkan…
sori ar kalau terlebih jiwang...ahaks..

Coretan dan Conteng-conteng untuk abi….


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kehadapan abi yang disayangi, selamat hari lahir yang ke-? (rahsia..tapi insyallah muda lagi kot…) semoga Allah memanjangkan umurmu, memberkati hidupmu, mempermudahkan urusanmu, memberikan ketenanagan kepada jiwamu, melimpahkan rezeki dan membahagiakanmu di dunia dan akhirat kelak…

Buat abi juga, terima kasih atas didikan, ajaran, pengorbanan dan penghargaan selama ini … abi telah menjaga kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang dan ketegasan…kami faham, family k
ita bukanlah kaya sangat macam orang lain..tapi taklah miskin sangat...bohonglah kami kalau kami cakap “ Abi tak pernah bawa kami makan KFC dan PIZZA HUT”..bohonglah kami kalau kami cakap “ abi tak pernah bawa kami jalan2..”..banyak yang abi buat untuk kitorang, abi jaga makan minum kami, abi selesaikan masalah2 kami, abi ubat kesedihan kami, abi hargai kejayaan kami….terima kasih abi…

Maafkan kami kalau pernah menyakiti hati abi dari segi percakapan dan
perbuatan.. (kalo setakat gusti dan gurau tu..hehehehe…abi yang ajar, jadi abi takleh marah)... Maafkan kami jika pernah lawan cakap abi… maafkan kami kalau pernah ingkar arahan abi..maafkan kami kalau pernah tak nak cari kelimumur abi…maafkan kami kalau pernah merajuk ngan abi…maafkan kami kalau pernah menipu abi…maafkan kami kalau pernah marah dan kutuk2 kat belakang abi….banyak sungguh dosa kami ngan abi…

Abi, terima kasih sebab pernah hukum kakak
dari darjah satu sampai tingkatan tiga..mungkin kalau abi tak buat kakak macam tu, kakak akan sama je mcm syabab yang lain…kalau abi tak buat macam tu, mungkin kakak akan teruk dan sosial macam orang lain…kalau abi tak buat macam tu, mungkin kakak takkan matang macam hari ni ( taklah matang sangat, masih gak cam budak 2 sikit..tapi oklah mcm abi jugak..) …dan kalau abi tak buat macam tu, kakak mungkin takkan faham fikrah perjuangan kita as khalifah di muka bumi ini…

Terima kasih abi..atas segalanya…kami bersyukur sebab dapat umi dan abi..kerana umi dan abi lah jiwa kami, hati kami, murabbi kami, guru pertama kami,doktor kami, kaunselor kami,tukang masak kami, kunci pintu syurga kami… umi dan abilah..segala –galanya untuk kami… Doakan kejayaan anak-anakmu ini…agar menjadi insan berguna di hari kelak..

Ya ALLAH!! Ampunkanlah dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, serta kaum muslimin muslimat…Ya ALLAH!! Kasihanilah umi dan abi sebagaimana mereka berdua mengasihani kami sejak dari kecil…Aminn Ya Rabbal Alaminn…
Jiwang lar plak aku ni....hehhehehe

Wallahualam…terima kasih abi..selamat hari lahir…

Dari anakmu,
Syifa’ Sarip




Menurut Imam al-Qurtubi, orang yang paling berhak untuk disyukuri, diihsani, dilakukan kebaikan, ditaaati, dan dipatuhi ialah orang yang disebut oleh ALLAH dalam firmanNya selepas perintah agar berbuat ihsan dengan beribadat dan mentaati Nya serta memanjatkan kesyukuran kepadaNya ialah ibu bapa….


Di sini juga, aku nak kongsi ngan kalian tentang ganjaran berbuat baik kepada ibubapa…cuba kita belek kembali tafsir quran dan hayati Surah Al-Luqman : 14-15…aku yang menulis ini pun masih bermujahadah dan bermuhasabah untuk melakukannya…marilah kita bersama-sama melaksanakannya agar mendapat pahala yang dijanjikan oleh ALLAH SWT…
Di antara ganjaran dan kelebihan jika seseorang berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nya ialah :

1. Dibukakan pintu syurga…

2. Dimakbulkan doa…
Abu hurairah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Maksudnya: Tiga doa yang pasti mustajab: doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa seorang ayah ke atas anaknya.”

3. Amalan yang baik untuk bertaubat daripada Dosa…
4. Dipanjangkan usia dan mendapat anak soleh…
Daripada Wahb ibn Munabbih: sesungguhnya Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: “ Wahai Musa! Muliakanlah ibu bapamu. Sesungguhnya siapa yang memuliakan ibubapanya, Aku panjangkan umurnya, akan dikurniakan kepadanya anak yang kelak alan memuliakannya. Sesiapa yang menderhakai ibubapanya, maka Aku pendekkan umurnya dan kelak Aku kurniakan anak yang menderhakainya. ( Nazarat hawla Wasaya:2/179)

5. Tegahan menderhaka kepada kedua-dua ibubapa…
Menderhaka dan melakukan sebarang kejahatan dengan apa jua bentuk yang boleh menyakitkan hati mereka termasuk dalam DOSA BESAR yang boleh membawa kepada kebinasaan..
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “ tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.”
(Riwayat al-Bukhari)

6. Ketulusan pengorbanan ibu bapa…
Kehidupan menjadi aman, bahagia dan sentosa ketika mana kecintaan dipupuk dengan penuh keharmonian, kesetiaan dan hubungan yang baik. Allah SWT telah memerintahkan kita berdoa dengan ungkapan doa yang penuh syahdu:

“Maksudnya : Ya Allah! Kasihanilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya telah mengasuh aku ketika aku masih kecil.”
( Surah al-Isra’ 17: 24)

Kalau kita muhasabah balik dan mengimbas kembali zaman kanak-kanak, ketika itu kita terlalu lemah, namun siapakah yang membela dan mendidik kita? Semestinya ibu bapa kita yang kita sayangi. Maka, kepada ALLAH kita hadapkan agar limpahan rahmat dicucuri ke atas mereka. Sesungguhnya rahmat ALLAH itu Maha Luas….

Aku sayang umi dan abi kerana ALLAH TAALA…

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

Tuesday, February 9, 2010

KenaPa k@u perLu sEdih....?



Syaitan berbisik di telingaku... "Kenapa kau perlu sedih melihat orang yang membuat kemungkaran dan kerosakan di muka bumi ini? Kenapa kau perlu sedih melihat ramai wanita yang beragama Islam membuka aurat mereka tanpa ada rasa malu sedikit pun? Kenapa kau perlu sedih melihat teman-teman yang engkau sayangi telah melupakan ajaran Islam yang diajar di sekolah dulu?
biar jelar dorang..."


Wahai Teman-teman seperjuanganku,

Aku perlu sedih melihat orang yang membuat kemungkaran dan kerusakan di muka bumi ini, kerana apa yang dilakukan oleh mereka itu akan menggugat keamanan negara dan keharmonian penduduk, lebih2 lagi untuk negara Islam…

Aku perlu sedih melihat ramai wanita yang beragama Islam membuka aurat mereka tanpa ada rasa malu, kerana ketidakamaluan mereka itu merosakkan imej Islam itu sendiri dan memudaratkan muslimah2 sejati yang sentiasa menjaga dan menutup aurat mereka…

Aku perlu sedih melihat teman2 yang aku sayangi telah melupakan apa yang diajar dalam Islam kerana dahulunya aku yakin mereka boleh bersama-sama denganku menegakkan syiar islam setelah keluar dari sekolah, tapi kini…apa yang terjadi? sesetengahnya telah hanyut dan kalah dengan Ghuzwah Fikr yang dilancarkan oleh Yahudi laknatullahialaik..mereka lebih menyayangi kecantikan dan harta yang mereka perolehi…ingatlah Firman ALLAH s.w.t:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”
(Al-Qiyamah:20-21)

Baru-baru ini ada orang mengatakan kepadaku bahawa sekarang ini orang yang tidak menutup aurat lebih baik daripada orang yang menutupnya..secara kasarnya..orang yang tidak bertudung lebih baik daripada yang bertudung…

“(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(al-Fath:26)

(^_^) Ya ALLAH, jika dilihat dan difikirkan memang benar apa yang dikatakan oleh orang tersebut (kalo dilihat umat akhir zaman)…

“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.”
(al-adiyat:6-11)

Ya.. sesunguhnya hanya Allah yang mengetahui segalanya..tapi kalau difikirkan secara logiknya…
Bagi aku, Ia diibaratkan seperti dua orang yang mengimpikan makan buah durian. Seperti yang kita sedia maklum, sebatang pokok durian mengambil masa 6-7 tahun untuk berbuah. Bezanya di sini seorang menanam anak pokok durian tersebut dan seorang lagi sebaliknya…. Jadi, siapakah yang akan mendapat apa yang diimpikannya itu? Yang menanam atau yang tidak berbuat apa-apa? Kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri….

Hmmm…baru aku sedar sememangnya kerja dakwah adalah sukar pada zaman mutakhir ini, karenah manusia (umat akhir zaman) sedang dibentuk oleh fahaman liberal dan sekular (menganggap agama sebagai benteng penghalang kemajuan dan perubahan). Seperti juga orang Barat menganggap agama sebagai dogma atau dongengan yang tidak rasional dan saintifik. Akhirnya, globalisasi dirancang oleh mereka untuk menjadikan manusia lebih sekular dan lebih liberal.

Lihatlah sendiri apa yang terjadi dengan syabab sekarang. Kita tanya secara elok, dimarah…kita nasihat secara berhemah, dicaci…

Ya ALLAH, berilah aku kekuatan dalam hati dan jiwa ini, janganlah Engkau melemahkan semangatku untuk berjuang…Ya ALLAH, hanya Engkau yang mengetahui betapa sebaknya hati ini, hanya Engkau yang mengetahui betapa sedihnya jiwa ini….Aku berserah kepadaMu untuk memutuskan siapa benar dan siapa yang salah…Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku, umi dan abiku, guru-guruku, teman-temanku, sahabat-sahabatku, kakak-kakakku, abang-abangku, saudara-saudaraku, dan semua kaum muslimin dan muslimat di atas muka bumi yang sementara ini…Aaaminnn Ya Rabbal Alaminnn…

La Tahzan Innallaha Maana….Firman ALLAH SWT:

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(Allah melakukan yang demikian) supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)”
(al-Fath:4-5)

Sajak ni aku terdengar dari IKIM.fm…apa yang aku rasa bagus, aku akan tulis..sama2 kita renungkan…

Berubahlah kamu sebelum terjadinya hari perhitungan,
Bertaubatlah kamu sebelum ajal menimpa,
Bersucilah kamu sebelum kamu dimandikan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Berimanlah kamu, sebelum kamu ditalqinkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan….
Jangan kamu menangis di kemudian hari…janganlah kamu berseronok sebelum mempunyai bekalan yang cukup untuk bekalan di hari perhitungan kelak…janganlah kamu takjub dan riak dengan pangkat, kecantikan, kekayaan yang kamu milik… kerana nanti semuanya akan kembali ke tanah semula…menjadi makanan ulat dan cacing…menjadi makhluk yang paling hina…tiada pangkat, tiada harta dan tiada rupa yang dapat membezakan siksa dan nikmat di hari pembalasan kelak..bergantung kepada apa yang kamu lakukan di dunia yang sementara ini……


wallahualam....

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

Monday, February 8, 2010

@bout l0vE...


Syifa’ tujukan untuk saper yang rasa benda ni kat Syifa’…. Sajak ini dipetik dr blog ayat-ayat cinta…syifa sayang semua kerana ALLAH…


ABOUT LOVE!!!

Do you feel me loving you
Do you feel me touching you
Do you feel me wanting you
Do you feel me honestly loving you

But i do have this fear
Fear for loving you
Fear for wanting you
Fear for lossing you

Let me love you the way i do
Let me love you just the way you are
Let me love you where ever you might
And let me love you for the rest of you

Do you feel me loving you?
Do you feel me so close in your heart?
Do you feel me missing you so much?
Do you feel me loving you honestly?

This is what i got left
The only things and feelings that i had for you
This is the only thing that i wanted to
And please dont take it away from me.
Do you feel me loving you?
And yes i really do!


Yes.. I really do….hehehehe…paham2 jelar…ini blog aku..suka hati ar nak tulis apa kan…hehehhe…baca jer!!!

Ya Allah, kau mudahkanlah urusan ku…kau ampunkanlah dosaku, ibubapaku, guru-guruku serta seluruh kaum muslimin muslimat….aminn ya rabb!!!

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

Aur@t Wanita...apA dah Jadi?



PERSOALAN:

Ustaz, di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?



JAWAPAN:

KESALAHAN PERTAMA: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA: Bertudung, tetapi berkemeja-T lengan pendek.

KESALAHAN KETIGA: Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT: Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan2 mudah ‘menggoda’

KESALAHAN KELIMA: Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut

KESALAHAN KEENAM: Bertudung, tetapi hanya memakai di pejabat atau di seklah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup

KESALAHAN KELAPAN: Bertudung, tetapi tudungnya amat2 nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk, dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah Firman ALLAH Taala yang bermaksud:

“… hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR…” (An-Nur:31)

JADI, KITA SEBAGAI WANITA PERLU MENILAI DIRI KITA, MUHASABAH DIRI, DAN MEMPERELOKKAN KEMBALI APA YANG TIDAK ELOK DALAM DIRI KITA..INGAT WANITA.. Rosaknya kamu wahai wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia….. SEBENARNYA AKU TULIS NI BUKAN UNTUK SAPER2..UNTUK AKU DAN WANITA MUSLIMAH YANG LAIN2…SAPER YANG TAK BOLEH TERIMA..TAKPER…SAPER YANG BOLEH TERIMA…SILAKAN BERUBAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT…

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

Sunday, February 7, 2010

PutEri PenaWar Hati MaNik AstaGina..




Aku borink…pas makan..pergilah bahagian belakang rumah aku yang masih blum siap…pastu, tengoklar dekat rak2 buku…aku terjumpa buku catatan oren yang dipenuhi dengan ucapan teman2 ku…jadi untuk mengimbau kenangan lalu…aku saja jak tulis dalam blog ni…untuk share dengan blogger yang lain…yang tak faham tu…buat2 faham yer…
Layan jer….aching….

LAGENDA SYIFA’

Khas buat Puteri Penawar Hati Manik Astagina….
Pada suatu hari, sang puteri berlian payung purnama, cantik jelita gebu pipinya, senyum bisa mendidihkan hati sang teruna, mata nian zamrud berkilau…namun…sang puteri berlian sayang teruskan langkah gemuruh semangat di jiwa, memandang ke hadapan langit indah nan biru terang kilaunya… ingin mengecapi gunung tinggi pandalan usia bertempat di lembah Jesselton semarak api-api agar pelita nan terang yang dibakar disetiap gelita kelamnya malam bebayar suatu hari nanti… Insyallah.
Salam penuh harapan buat Puteri Penawar Hati Manik Astagina….(^_^)..


Bestkan ayatnya….hehehhe..yang ni dari Eka zakaria…blog dia pun best gak..comel sangat…http://notadaripadahatiku.blogspot.com/

Special speech to ekaz….
thanks 4 be my friend..thanks for this (aper yer…) conteng2..hehehhe..miss you frenz…

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…

- Berkumpul kerana mengasihiMu
- Bertemu untuk mematuhi perintahMu
- Bersatu memikul beban dakwahMu
- Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
- Maka eratkanlah hati-hati ini
- Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
- Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar
- Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam
- Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
- Dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMu
- Suburkan hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki
- Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..

“ engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong… Restuilah Nabi kami, Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Bagind seluruhnya…Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya..”
Aminn Ya Rabb….


kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

Saturday, February 6, 2010

Sesuaikah naSyid untuk WanIta??




TIADA DAKWAH WANITA MELALUI NASYID…



PERSOALAN KEDUA:


Dakwah ialah usaha murni dalam mengembangkan ilmu kefahaman islam kepada masyarakat. Di kalangan muda-mudi, pendekatan muzik sering skali digunakan dengan harapan golongan ini mudah menerima pendekatan dakwah yg baru ini..pendekatan dakwah baru yang dimaksudkan ialah irama nasyid ( dakwah through music).
Nasyid yg dialunkan menerusi lirik2 puitis berunsurkan keagamaan makin mendapat tempat di persada seni malaysia.. makin ramai yang ingin berkeciungan dalam arena nasyid, tidak terkecuali kaum wanita. Rentetan itu, muncul beberapa kumpulan penasyid wanita yang bukan sekadar mempertaruhkan suara yang merdu dan wajah yang cantik, mereka juga diaktakan memiliki pakej yang ‘solehah’ kerana boleh berdakwah kepada masyarakat.
Apa pandangan ustaz berkenaan ini?


JAWAPAN =

Umat islam terutamanya mudamudi sememangnya meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu2 nasyid yang liriknya membawa kepada kesedaran agama…

Kata pengarang…majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat….tapi…ia akan berubah menjadi aurat apabila seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram…hukumnya adalah haram….

Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka..lelaki secara umumnya memang mudah tergoda dgn suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat utk menggoda..apatah lagi ikan ia mmg berniat untuk menggoda..

Pengarang juga menceritakan tentang situasi yang dihadapinya…..pengarang diberi tanggungjwb utk mempengerusikan satu mesyuarat ..suasana agak biasa, sehinggalah tiba2 seorg mahasisiwi membincangkan pandangannya tentang satu isu yang sedang dibincangkan…
Walaupun mahasisiwi itu berada di belakang tabir, tapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi (bukan dibuat2)…semua mahasiswa yang mengantuk terus menjadi cergas, masing2 terbeliak mata..entah apa yang merasuk mereka…..cuba lihat apa yang tejrjadi..hanya dgn suara, tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti. Apatah lagi jika siswa yang ‘mengaji rempitan’ di jalan raya!!!

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

tudung dan Wanita s0lehaH..



Wanita, dirimu begitu berharga
Seindah-indah hiasan di dunia adalah Wanita solehah..
Peribadinya terjaga dan terpelihara
Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan

Insyallah…setiap hari akan ada persoalan tentang wanita…pelbagai persoalan yang dituju untuk wanita…jadi, saper yang nak menambah ilmunya, memantapkan keimanannya..boleh lar baca dalam ruang ni..setiap hari yer…..dan persoalan ini dipetik dari buku UNTUKMU WANITA dikarang oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)...


PERSOALAN PERTAMA:
>> Apa pendapat ustaz mengenai isu bertudung dalam kalangan wanita yang dikatakan sudahtidak menepati ciri-ciri wanita muslimah, seolah-olah tidak ada beza antara bertudung mahupun ‘free hair’?

Jawapan  HINA ISLAM, BERTUDUNG DAN BERMAKSIT LEBIH BESAR DOSANYA

“ Amat memalukan, Ustaz. Saya ada menjumpai satu video yang menunjukkan pasangan Melayu, yang dirakam di tasik2 dan di tempat awam yang sedang bercumbu-cumbuan…hampir 95% daripada pelakunya bertudung, yang jenis tidak sempurna, ustaz. Apa pandangan ustaz?” tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah yang disampaikanmenyentuh isu berkenaan aurat.

Selang beberapa hari kemudian, pemuda yang bertanya itu menghantar e-mel kepada saya berserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Rajiun! Memang amat mendukacitakan…

Pemuda itu juga seperti ‘kepeningan’ dgn persekitaran ini dgn katanya, “ Wajarkah saya membuat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau yang berfesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ini jenis yang ‘murah’ dan boleh diajak seks bebas dgn mudah hari ini. Apa pandangan ustaz?” Sambung lelaki itu lagi..” saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang, ustaz. Harapnya mereka masih dapat pertahankan maruah dan kesucian mereka serta tidak menjadi seperti si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan si free hair!”..

Lalu kata pengarang…wahai wanita bertudung, kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenar. Janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai ALLAH SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi hanya sementara. Carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

INGAT!! Dosa wanita bertudung yang melakukan maksiat lebih hebat daripada wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat..hal ini boleh difahami dari Firman ALLAH SWT:

Maksudnya: “ wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH untuk melaksanakannya.”
( surah Al-Ahzab:30 )

Kata pengarang..mmemang benar ayat ini ditujukan khas untuk isteri2 Nabi SAW disebabkan kemuliaan dan kedudukan mereka yang sangat mulia. Bagaimanapun, ayat ini menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya ( jika boo-wat maksiat).
Demikianlah juga kata pengarang bagi wanita yang bertudung yang telah menaiktarafkan kedudukannya dgn kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat..maka jelaslah..dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas....bertaubatlah!!!

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

RaudHah Hati...BangunLah Iman!!!



Aku menyertai Qiam under KRU (kem remaja ukhuwwah) peringkat Tuaran pada 30-31 Jan 2010….sudah lama aku tidak mengisi hidupku dan menghidupkan malam ku untuk Allah… lalu, abi menghantarku di Masjid Tuaran pada jam 6.00 ptg… aku berasa sangat tenang menyertainya..sebelum melangkah keluar dari kereta, aku betulkan niatku krn Allah s.w.t….
Sampai sahaja di sana aku mendaftar dan menyertai Halaqah taklimat dan diketuai oleh Kak Insyirah..aku terkejut kerana dia mengenaliku..mukanya amat familiar dalam hidupku tapi…mcm pernah ketemu..tapi dimana ya..rupa-rupanya, dia adalah teman sekolah ketika di sekolah rendah..masyallah…dunia ini kecik dan ukhuwwah tidak pernah putus..aku bersyukur kepada Allah kerana menemukan kembali dengan senior lamaku yg sekarang ini..alhamdulillah dan masyallah..sempurna pakaiannya, cantik akhlaknya, dan lembut tutur katanya…rupanya masih ada orang yang mempunyai kesedaran dakwah islami selain aku…

Setelah habis taklimat..kami bersiap sedia untuk solat Maghrib..aku bertemu dengan teman seperjuanganku..Shanadia, Raihan, Shakira (kak long) dan Mizra( teman kem ihya’ ramadhan’08)…aku gembira kerana dapat bersama mereka…habis sahaja solat, kami diarah untuk ke dewan kuliah untuk mendengar ceramah seorg ustaz, sebenarnya aku tidak mengetahui namanya…ceramah itu bertajuk “n
iat”..beliau memulakan ceramahnya dengan kisah Rasulullah ketika nazak…( walaupun baginda sedang nazak.baginda sempat berdoa” Ya Rabb, kalaulah begini sakitnya mati, kau timpakanlah kpd ku semua sakit2 umatku ketika ingin mati…” baginda juga ada menyebut “UMMATI…UMMATI…UMMATI…”ketika nazaknya ….baginda amat menyayangi umat nya iaitu kita….tapi apa balasan yg kita lakukan kepada Allah dan Rasulullah? Adakah kita sentiasa mengikuti sunnahnya? Adakah kita hidup berpandukan kepada dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah? Tepuk dada tanya iman…
Beliau juga menerangkan serba sedikit tentang niat..( niat yang baik itu penting..niat kerana Allah…kita tak boleh jadi munafik..antara ciri2 munafik ialah susah untuk bersujud ketika di akhirat kelak..oleh sbb itu, kita perlulah sujud /solat sebelum disujudkan/disolatkan…untuk menjauhkan kita terpesong kpd niat yg sala
h dan menjadi orang munafik…kita perlu berusaha untukmenuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh…Ingat..” Menuntut ilmu adalah fardhu ain pada setiap muslim”..tuntutlah ilmu sebelum diangkat, iaitu sebelum mati…)

Selesai ceramah..solat isyak..pastu..kami ada ceramah dari seorang ustaz di SMK Sanzac…tajuk beliau ialah “ Hijrah dan Akademik”…Kalo dilihat kepada tajuknya..kita tertanya-tanya apa kaitan hijrah rasulullah dan akademik seseorg?
Setiap orang ada idola yang tersendiri..tapi bagi umat islam..hanya seorang sahaja yg sempurna dan baik utk diikuti iaitu Rasulullah s.a.w…kalo dilihat, setiap pergerakan, perbuatan, amalan rasulullah…mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran…dalam penghijraha rasulullah,kita dapat melihat banyak hikmah.antaranya:
1. Hijrah rasulullah yang dilakukan hanya kerana Allah…berlaku dalam keadaan semuanya berhati bersih…Jadi kita sebagai plajar mestilah mempunyai hati yang bersih dan berusaha untuk menanggalkan penyakit2 seperti hasad dengki, riak, ujub dan lain2 agar berjaya di dalam akademik hanya kerana ALLAH Taala..

2. Penghijrahan mereka bermula dari MEKAH ke MADINAH..rasulullah menjadikan Madinah sebagai satu platform untuk bardakwah…
Bagi seorang pelajar yang ingin berjaya dalam akademiknyer, mestilah ada satu platform/ tempat khas untuk blajar…tempat yang selesa, bersih dan tenang dari gangguan keluarga dan persekitaran..kita boleh bandingkan sebanyak mana input seseorang yang blajar di ruang tamu yang terbuka TVnya dan di dalam bilik yang tertutup? Siapakah yang akan mendapat 100% fokus dlm pembelajarannya? Tentulah orang yang tenang tanpa sebarang gangguan…”takder orang yang boleh lakukan 2 kerja dalam satu masa..” itu lah kata2 yg sering keluar dari mulut ketua sektor merangkap bekas pengetua sekolah aku jika kami bising ketika beliau berucap…hehhehe…

3. Banyak lagi peristiwa2 hijrah yang boleh diambil iktibar oleh kita semua..lebih2 lagi sebagai seorg pelajar…Rasulullah s.a.w telah mengajar banyak cara untuk kita berjaya dalam akademik, kokurikulum dan juga berjaya dlm kehidupan duniawiukhrawi…
 Kita mestilah memilih kawan yang baik… seorang kawan mestilah tahu dan dapat menerima kelemahan dan kebaikan kita…supaya senang berinteraksi dan berkomunikasi dalam pembelajaran serta dalam kerja dakwah…
 Untuk berjaya juga..kita boleh mengundur selangkah untuk 10 langkah kehadapan....
 Kita juga memerlukan perancangan yang strategik seperti mana Rasulullah merancang penghijrahannya ke Madinah…Rasulullah merancang dengan sangat teliti dan akhirnya berjaya juga….bagi kita sebagai seorang muslim dan pelajar, kita mestilah melakukan perancangan yg strategik dalam meningkatkan akademik kita..mula2, tentukan MATLAMAT!.lepas tu, buat jadual belajar yg berkesan..dan insyallah…kita akan berjaya…
Sebagai kesimpulannya…hmmmm..time ni aku mengantuk…yang aku dapat tangkap… >>apa2 kejayaan sekalipun yang kita dapat….kita mestilah kembali pada ALLAH yang Maha Pencipta…kita mesti SABAR dan SYUKUR…ringankanlah mulutmu mengucap hamdalah…….Habis jer ceramah…..alhamdulillah..minum malam…(kata orang supper ) …milo 2 cawan dan maruku satu dulang…Dah kenyang…pastu aku ingat boleh ar trus tidor..tapi….hehehehhe..rupanya ada satu slot lagi…
Kami diminta untuk berkumpul di tempat letak kereta…lepastu kami diarahkan untuk mengambil sesuatu yang kamu hargai di sekeliling tempat letak kereta tersebut dalam masa 5 minit….ada yang ambik bunga..ada yang ambik daun kering…ada yang letak handset…macam2 lar..korang nak tau aku amik apa?..aku tak ambik apa2..sbb benda yang paling aku hargai adalah diri aku..termasuklah iman dan islam yang dikurniakan oleh ALLAH kepadaku…lps tu..kami diterangkan apa tujuan arahan tersebut sebentar tadi…
Sebenarnya tidak perlu mengambil apa2 kerana benda utama yang paling kita kena hargai dan kita sayangi ialah IMAN dan ISLAM yang ada dalam diri kita…ader satu kisah yang diceritakan oleh akh tersebut…tajuknya “Kisah Si Palui” .. si palui ni sama jer macam pak kaduk dan lebai malang…ada banyak kisah..tapi yang paling aku ingat…apabila…………….
Pada suatu hari, Si Palui pergi ker satu upacara pengebumian mayat di hujung kampungnya…lalu, apabila mayat tersebut ingin dikebumikan....Si Palui tercium bau yang busuk, lalu dia pun pulang ke rumah akibat tidak tahan bau busuk yang datang dari mayat tersebut…Si Palui mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak berdaya untuk melakukan amalan seharian seperti mandi, makan, dan apa2 jelar…apabila dia sampai di rumah, dia terus menyuap makanan kepada ibunya..walaupun Si Palui ini palui orangnya, tapi dia taat dan hormat ibunya yg sudah tua itu….
Sambil Si Palui menyuap makanan kepada ibunya…tiba-tiba..ibunya terkentut…sejak dari azali lagi, kita tahu semua kentut berbau BUSUK…Si Palui tercium lalu dia menangis…..kerana apa? Kerana dia mengatakan dan menganggap bahawa ibunya sudah mati..padahal, ibunya sekadar terkentut sahaja dan blum mati…Si Palui terus menggali kubur untuk ibunya…selesai menggali.. si Palui mengangkat ibunya dan menanamnya hidup2 sambil menangis…he
hehehehe….palui sungguh….harap kita tak tergolong dalam org2 yg macam ni…aminnnn
Cerita ini banyak pengajarannya….apa faktor Si Palui tega menanam ibunya hidup2? IMAN dan ISLAM dan juga ILMU….3 aspek ini amat penting bg kita untuk terus berjaya dalam hidup dan menegakkan khilafah islamiah satu masa nanti…dgn IMAN yang MANTAP…ISLAM yang DIFAHAMI secara terperinci…serta ILMU yang banyak dan BERMANFAAT utk semua orang… TIDAK MUSTAHIL..SATU HARI NANTI,,ISLAM AKAN MENANG !!!!!
Alhamdulillah..dah habis dah slot muhasabah diri…kitorang kembali ke bilik tidur dan membaca surah al-Mulk bersama2…sebelum tidur..aku juga mendapat satu lagi ilmu yang boleh dikongsi bersama…
Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a:
Janganlah engkau tidur k melainkan engkau telah melakukan 3 perkara..
1> menghabiskan/ mengkhatamkan 1 mashaf Al-Quran..
2> mendapat syafaat Muhammad s.a.w..
3> meminta maaf dengan semua orang..
Aishah bertanya bagaimana dia dapat melakukannya…
1> Membaca surah al-ikhlas sebanyak 3 kali..kerana membaca satu surah tersebut..diibaratkan seperti 1/3 dari Quranul Karim
2> Berselawat keatas Rasulullah s.a.w
3> Untuk memohon maaf kepada orang lain..kita perlu Memaafkannya terlebih dahulu…


Alhamdulillah…kami pun kena suruh tidur dan bangun pukul 4.00…tapi paham2 lar pelajar puteri ni, kena suruh tidur…benda lain plak dia boowat…termasuk aku (^_^)..aku menghabiskan hafalan surah al-muthofifin dan membaca buku temanku ..Raihan asyura..yang bertajuk “tokoh2 islam”…lepastu, sembang sekejap ngan kak achik ( haslina sabli)…pastu…
Bismikallahumma ahya wa amud….ya allah, bangunkanlah aku di sepertiga malamMu…

kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

Friday, February 5, 2010

Pak cik OH Pak cik!!


Kiriman email dari seseorang kepada aku..….

Salam... Saudaraku,

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya surah tauhid..
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman,
kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insya'Allah.
Para blogger yang dikasihi Allah, even cerita ini ringkas tapi banyak pengajaran yang kita boleh ambik…so..macam biasa….lu pikirlah sendiri…
“tepuk dada tanya iman”
kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..

LANGKAH PERTAMAKU...


Assalamualaikum..First time aku menulis..ntah kenapa tiba2 nak menulis mcm abi…aku kagum ngan penulisan abi aku di dalam blognya..bagaimana abi menyusun atur ayat2 dan menggabungkan dgn ayat2 al Quran…aku ingin menjadi sepertinya…kata orang..alah bisa tegal biasa…jadi mulai harini aku cuba untuk menulis…saper yang tak faham, apa yang aku cuba sampaikan…harap bgtahu yer..insyallah..aku cuba untuk memahamkan..doakan agar aku dpt menjadi seperti abi dan dai’e2 yang lain…kerana aku ingin mengubah dunia…aku ingin berjuang dalam menegakkan kalam dan syariat ALLAH, di muka bumi ini…Ya ALLAH..bantulah aku dalam menjadi seorang pendakwah yang hebat dan lebih hebat dari dai’e yang lain…jaukanlah aku dari pengaruh2 yang akan merosakkan hati ini yang akan memberi nuktatus sauda’ di qalbi ini…dan yang terakhir…Ya Allah…berkatilah kedua umi dan abi aku…tempatkan mereka didalam org2 yang kau berkati di akhirat kelak..aku menyayangi umi dan abi keranaMu..Ya ALLAH..perkenankan doa ku..amminn.


Aku amat menganggumi semua hasil karya Habiburrahman El Shirazy (indonesian)..termasuklah Hafalan Solat Delisa, Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat2 Cinta… semua karyanya memberi kesan impak yang mendalam dalam diriku…setiap novelnya mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan…ini membuatkan salah satu impian ku adalah untuk bertemu dengan beliau…walaupun aku bukanlah berada di dalam bidang sastera dan bukanlah hobiku menulis sebuah novel seperti beliau..tapi aku amat kagum dengan karyanya..aku kagum dengan jalan ceritanya…aku kagum dengan keoptimisan beliau..aku kagum dengan gaya bahasa yang ditulis oleh beliau….


Di sini aku menyedari bahawa sebenarnya beliau menggunakan novelnya sebagai satu medan dakwah..ini adalah cara yang terbaik bagi seorang penulis seperti beliau..kerana pada zaman sekarang semua lapisan masyarakat, lebih2 lagi dalam kalangan syabab, minat membaca novel..karya Habiburrahman juga bukanlah seperti karya novel terbitan Alaf 21..yang hanya menceritakan cinta duniawi dan bukanlah cinta kerana Allah..bagi Habiburrahman..^buku yang indah adalah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah^ (muka depan Hafalan Solat Delisa)…tambahan pula…banyak hasil karyanya dijadikan filem dan aku paling meminati sebuah filem yang diadaptasi dari novel Habiburrahman El Shirazy iaitu Ketika Cinta Bertasbih…ramai kawanku bertanya apa yang menariknya filem tersebut…kerana bagi mereka…filem yang begitu sama sahaja dengan filem2 yang lain….TAPI..bagi diriku..Ketika Cinta Bertasbih amat berbeza dengan filem2 yang lain…aku bukan terlalu mengagung-agungkan filem tersebut..tetapi bagi aku..alangkah indahnya hidup bersyariat…dalam memilih calon suami, dalam pembelajaran, dalam berbakti kepda ibubapa, dan segalanya yang kita lakukan di dunia yang sementara ini… semua ini, banyak ditunjukkan dalam filem tersebut, melalui lakonan Abdullah Khairul Azzam, Anna Althafunnisa, Ayatul Husna, Milatul Ulya dan ramai lagi..itulah tarikan sebenar filem tersebut…

Aku sedih setiap kali melangkah keluar dari rumah, dan ingin menuju ke suatu tempat seperti bandaraya, malah di universiti sendiri dimana tempat ayahku mencari rezeki untuk kami sebagai pensyarah (UMS)..aku sedih.. kerana apa? Hampir 85% penduduk Sabah beragama Islam…namun 80% daripadanya, hanya islam pada nama dan bukannya dalam kehidupan seharian..bagi golongan bapa2..bila mereka akan kembali kpd sunnah Rasulullah? .. jawapannya apabila ketika menyentuh isu poligami..tetapi dalam kehidupan mereka sebagai pemimpin keluarga Islam, mereka langsung tidak memberi contoh kepada ahli keluarganya..apatah lagi untuk mengajarnya…adapun keluarga Islam yang baik dari segi akhlaknya, kebahagiaan rumahnya..namun, tidak ada gunanya kebaikan tersebut jika tidak di salurkan kepada ummah…mereka tidak ada matlamat hidup…mereka tidak ada fikrah (kesedaran dalam memahami apa itu islam dan memperjuangkannya)…aku terbayang keadaan putera puteri sekarang..yang hanya segelintir daripada mereka sahaja menyedari betapa teruknya umat islam pada harini…hanya segelintir sahaja yang menyertai usrah sebagai checkpoint dalam mentarbiyah diri..bagaimana pula yang sebahagiannya lagi…yang langsung tidak mempunyai sensitiviti terhadap keadaan ummah..yang menjadi salah seorang daripada penyebar penyakit2 sosial…bagi aku, bukannya mereka tidak mampu tapi mereka tidak menyedari realitinya…kerana mereka tidak mencari…aku pernah bertanyakan kawanku..”kenapa kau tak ikut usrah?”...dan dia jawab, “family aku lain, family kau lain, ALLAH belum bagi petunjuk dan bukakan pintu hidayah”…aku kecewa dengan jawapannya sebagai seorang pelajar lepasan sekolah agama…padahal, kami adalah rakan sekolah selama 5 tahun di sekolah agama yang cukup bagus dalam melahirkan khalifah2 muda untuk kegunaan islam…bagi golongan seperti ini, mereka ini hanya penunggu dan bukannya pencari..aku teringat kata2 muallimku, Ustazah Wan Rosmawati…”kamu ini Penunggu ka Pencari…kejayaan akan datang pada mereka yang mencari dan kegagalan akan datang bagi yang menunggu..”..kata-kata ini amat berkesan dalam kehidupanku…dan aku menyedari bahawa dalam hidup ini..jika sesiapa hanya menunggu datangnya hidayah dan petunjuk, maka gagal lah hidup seseorang itu, bukan sahaja di dunia dan di akhirat…tapi, jika ia mencari jalan dalam mendapatkan hidayah dan petunjuk ALLAH, insyallah, ia akan berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat..Rasulullah saw bersabda: “berbahagialah orang yang memperoleh petunjuk ke dalam Islam dan hidup sederhana serta qana’ah dalam menjalani hidupnya”. Bagi mereka yang menyerah dirinya hanya untuk duniawi..ingat….Rasulullah saw membacakan wahyu ALLAH yang diturunkan kepada beliau di hadapan Fatimah Az Zahra:

Maksudnya: “Janganlah kau jadikan harta benda dan anak-anak(mereka) sebagai sesuatu yang menakjubkan dirimu."At-Taubah: ayat 85

Maksudnya: “ Dan jangan sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka sebagai bunga kehidupan dunia.”Taha: ayat 131

Sementara menunggu keputusan SPM ni…(3 bulan..) aku cuba utk menghabiskan silibus usrah ku daripada Jilid 2 [Asas-asas Islam]…alhamdulillah..aku sudah habis menghafal surah Al-Infitar dan Al-Muthoffifin dan al-insyiqaq....dan semua isi kandungannyer..insyallah aku bleh huraikan kpd org lain satu masa nanti…aku juga tertarik dengan satu tajuk dalam bilangan 1.15.. Penyucian Jiwa: manusia mempunyai persediaan untuk melakukan kebaikan dan kejahatan..

Firman Allah Taala:
>>Surah As Syams: 7-10
>>Surah An Naziat: 37-41

Apa yang aku dapat dari ayat2 diatas, jelas menunjukkan bahawa manusia ini adalah makhluk kejadian yang ada dwi-kesediaan, dwi-tabiat dan juga dwi-halatuju..kenapa perkataan “dwi” digunakan oleh penulis..kerana tabiat pembentukan manusia adalah gabungan daripada tanah bumi dan tiupan ruh daripada ALLAH…secara logiknya..manusia ini dicipta drpd tanah yang hina dan tiupan ruh dari ALLAH Azza Wajalla yang mulia…manusia telah diberi persediaan yang sama untuk melakukan kebaikan dan kejahatan, memilih kesatan atau kejahatan…kerana manusia mampu membezakan antara hak dan batil secara hakikatnya….kita patut malu kpd haiwan kerana walaupun ia tidak mempunyai akal fikiran…namun, mereka juga tau bahawa mana perbuatan yg betu dan salah..contohnya, jika kita lihat, seekor kucing yang mencuri makanan, ia akan membawa lari makanan tersebut daripada pemiliknya..tetapi, jika kita memberi makanan kepadanya dengan cara yang baik, ia tidak akan membawanya lari dari tempat asal…dari fenomena ini..aku dapat melihat bahawa kucing juga tahu bahawa perbuatan mencuri itu…adalah salah…

Itu untuk seekor haiwan yang tidak ada akal…tetapi bagi seorang manusia, makhluk yang dicipta oleh ALLAH yang dikurniakan akal fikiran..kenapa mereka tidak dapat memikirkan bahawa perbuatan mencuri itu salah? Kerana nafsu yang tidak dapat ditahan oleh diri..kerana iman yang kurang…kerana terdapatnya nuktah sauda’ di dalam hati mereka…kerana kurangnya didikan agama..padahal, manusia mampu untuk memandu arah tuju dirinya kpd kebaikan dan kejahatan dalam kadar kemampuan yang sama…

Firman ALLAH:
Dan Kami telah memberi petunjuk kepadanya untuk melalui 2 jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (al-balad:10)

Jadi sekarang pilihan di tangan anda…
ingin menjadi PENUNGGU atau PENCARI…
ingin menjadi PENDAKWAH atau PEROSAK AGAMA..
ingin mencpai kebahagiaan DUNIA atau kebahagiaan AKHIRAT..
dan yang paling utama….ingin masuk SYURGA atau NERAKA…
pilihan terletak di tangan anda..pilihan terletak di mana tahap kemantapan iman anda….
Tepuk dada tanya iman…..
kalau menarik bacalah lagi..klik di sini..