Thursday, February 11, 2010

Abi aku dah tua......


Selamat hari lahir buat abi yang tersayang….

Hari ni Rabu, 12 Februari 2010, hari lahir abi yang ke- ?... Apa nak buat yer??? Kalau kami beli kek pun, duit abi jugak…kalau nak beli hadiah kat abi, duit abi jugak... slalunya kalau di asrama, aku buatkan kad istimewa untuk abi..tapi tahun ni, ntah nak wat aper… penuh dah kad besday kat office abi… silap2 ada jugak yang abi buang…Apa2 pun, macam biasa, ni blog aku..jadi suka hati nak tulis apa…saper nak baca, tafadhal…saper rasa laghah, tinggalkan…
sori ar kalau terlebih jiwang...ahaks..

Coretan dan Conteng-conteng untuk abi….


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kehadapan abi yang disayangi, selamat hari lahir yang ke-? (rahsia..tapi insyallah muda lagi kot…) semoga Allah memanjangkan umurmu, memberkati hidupmu, mempermudahkan urusanmu, memberikan ketenanagan kepada jiwamu, melimpahkan rezeki dan membahagiakanmu di dunia dan akhirat kelak…

Buat abi juga, terima kasih atas didikan, ajaran, pengorbanan dan penghargaan selama ini … abi telah menjaga kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang dan ketegasan…kami faham, family k
ita bukanlah kaya sangat macam orang lain..tapi taklah miskin sangat...bohonglah kami kalau kami cakap “ Abi tak pernah bawa kami makan KFC dan PIZZA HUT”..bohonglah kami kalau kami cakap “ abi tak pernah bawa kami jalan2..”..banyak yang abi buat untuk kitorang, abi jaga makan minum kami, abi selesaikan masalah2 kami, abi ubat kesedihan kami, abi hargai kejayaan kami….terima kasih abi…

Maafkan kami kalau pernah menyakiti hati abi dari segi percakapan dan
perbuatan.. (kalo setakat gusti dan gurau tu..hehehehe…abi yang ajar, jadi abi takleh marah)... Maafkan kami jika pernah lawan cakap abi… maafkan kami kalau pernah ingkar arahan abi..maafkan kami kalau pernah tak nak cari kelimumur abi…maafkan kami kalau pernah merajuk ngan abi…maafkan kami kalau pernah menipu abi…maafkan kami kalau pernah marah dan kutuk2 kat belakang abi….banyak sungguh dosa kami ngan abi…

Abi, terima kasih sebab pernah hukum kakak
dari darjah satu sampai tingkatan tiga..mungkin kalau abi tak buat kakak macam tu, kakak akan sama je mcm syabab yang lain…kalau abi tak buat macam tu, mungkin kakak akan teruk dan sosial macam orang lain…kalau abi tak buat macam tu, mungkin kakak takkan matang macam hari ni ( taklah matang sangat, masih gak cam budak 2 sikit..tapi oklah mcm abi jugak..) …dan kalau abi tak buat macam tu, kakak mungkin takkan faham fikrah perjuangan kita as khalifah di muka bumi ini…

Terima kasih abi..atas segalanya…kami bersyukur sebab dapat umi dan abi..kerana umi dan abi lah jiwa kami, hati kami, murabbi kami, guru pertama kami,doktor kami, kaunselor kami,tukang masak kami, kunci pintu syurga kami… umi dan abilah..segala –galanya untuk kami… Doakan kejayaan anak-anakmu ini…agar menjadi insan berguna di hari kelak..

Ya ALLAH!! Ampunkanlah dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, serta kaum muslimin muslimat…Ya ALLAH!! Kasihanilah umi dan abi sebagaimana mereka berdua mengasihani kami sejak dari kecil…Aminn Ya Rabbal Alaminn…
Jiwang lar plak aku ni....hehhehehe

Wallahualam…terima kasih abi..selamat hari lahir…

Dari anakmu,
Syifa’ Sarip




Menurut Imam al-Qurtubi, orang yang paling berhak untuk disyukuri, diihsani, dilakukan kebaikan, ditaaati, dan dipatuhi ialah orang yang disebut oleh ALLAH dalam firmanNya selepas perintah agar berbuat ihsan dengan beribadat dan mentaati Nya serta memanjatkan kesyukuran kepadaNya ialah ibu bapa….


Di sini juga, aku nak kongsi ngan kalian tentang ganjaran berbuat baik kepada ibubapa…cuba kita belek kembali tafsir quran dan hayati Surah Al-Luqman : 14-15…aku yang menulis ini pun masih bermujahadah dan bermuhasabah untuk melakukannya…marilah kita bersama-sama melaksanakannya agar mendapat pahala yang dijanjikan oleh ALLAH SWT…
Di antara ganjaran dan kelebihan jika seseorang berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nya ialah :

1. Dibukakan pintu syurga…

2. Dimakbulkan doa…
Abu hurairah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Maksudnya: Tiga doa yang pasti mustajab: doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa seorang ayah ke atas anaknya.”

3. Amalan yang baik untuk bertaubat daripada Dosa…
4. Dipanjangkan usia dan mendapat anak soleh…
Daripada Wahb ibn Munabbih: sesungguhnya Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: “ Wahai Musa! Muliakanlah ibu bapamu. Sesungguhnya siapa yang memuliakan ibubapanya, Aku panjangkan umurnya, akan dikurniakan kepadanya anak yang kelak alan memuliakannya. Sesiapa yang menderhakai ibubapanya, maka Aku pendekkan umurnya dan kelak Aku kurniakan anak yang menderhakainya. ( Nazarat hawla Wasaya:2/179)

5. Tegahan menderhaka kepada kedua-dua ibubapa…
Menderhaka dan melakukan sebarang kejahatan dengan apa jua bentuk yang boleh menyakitkan hati mereka termasuk dalam DOSA BESAR yang boleh membawa kepada kebinasaan..
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “ tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.”
(Riwayat al-Bukhari)

6. Ketulusan pengorbanan ibu bapa…
Kehidupan menjadi aman, bahagia dan sentosa ketika mana kecintaan dipupuk dengan penuh keharmonian, kesetiaan dan hubungan yang baik. Allah SWT telah memerintahkan kita berdoa dengan ungkapan doa yang penuh syahdu:

“Maksudnya : Ya Allah! Kasihanilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya telah mengasuh aku ketika aku masih kecil.”
( Surah al-Isra’ 17: 24)

Kalau kita muhasabah balik dan mengimbas kembali zaman kanak-kanak, ketika itu kita terlalu lemah, namun siapakah yang membela dan mendidik kita? Semestinya ibu bapa kita yang kita sayangi. Maka, kepada ALLAH kita hadapkan agar limpahan rahmat dicucuri ke atas mereka. Sesungguhnya rahmat ALLAH itu Maha Luas….

Aku sayang umi dan abi kerana ALLAH TAALA…

2 comments:

Eyqa Zaque said...

Salam sahabatku, makasih atas peringatanmu,
Selamat ulang tahun gak untuk abi, guer nak pelawa u skit, jom sembang kat http://www.rancak.org
(bukan laman chat, forum berkongsi idea)

Illaliqa', maasalamah. Uhibbuki!

sesuci_zahra said...

salam...slamt hari lahir wat abi syifa..moga d rahmati ALLAH slalu.. marilah kita bersama2 memuliakan al-walidain kita slgi mreka msih hidup..moga dgnnya, hdup slalu d suburi dgn barakah.. Insya allah.. :)