Saturday, February 6, 2010

RaudHah Hati...BangunLah Iman!!!



Aku menyertai Qiam under KRU (kem remaja ukhuwwah) peringkat Tuaran pada 30-31 Jan 2010….sudah lama aku tidak mengisi hidupku dan menghidupkan malam ku untuk Allah… lalu, abi menghantarku di Masjid Tuaran pada jam 6.00 ptg… aku berasa sangat tenang menyertainya..sebelum melangkah keluar dari kereta, aku betulkan niatku krn Allah s.w.t….
Sampai sahaja di sana aku mendaftar dan menyertai Halaqah taklimat dan diketuai oleh Kak Insyirah..aku terkejut kerana dia mengenaliku..mukanya amat familiar dalam hidupku tapi…mcm pernah ketemu..tapi dimana ya..rupa-rupanya, dia adalah teman sekolah ketika di sekolah rendah..masyallah…dunia ini kecik dan ukhuwwah tidak pernah putus..aku bersyukur kepada Allah kerana menemukan kembali dengan senior lamaku yg sekarang ini..alhamdulillah dan masyallah..sempurna pakaiannya, cantik akhlaknya, dan lembut tutur katanya…rupanya masih ada orang yang mempunyai kesedaran dakwah islami selain aku…

Setelah habis taklimat..kami bersiap sedia untuk solat Maghrib..aku bertemu dengan teman seperjuanganku..Shanadia, Raihan, Shakira (kak long) dan Mizra( teman kem ihya’ ramadhan’08)…aku gembira kerana dapat bersama mereka…habis sahaja solat, kami diarah untuk ke dewan kuliah untuk mendengar ceramah seorg ustaz, sebenarnya aku tidak mengetahui namanya…ceramah itu bertajuk “n
iat”..beliau memulakan ceramahnya dengan kisah Rasulullah ketika nazak…( walaupun baginda sedang nazak.baginda sempat berdoa” Ya Rabb, kalaulah begini sakitnya mati, kau timpakanlah kpd ku semua sakit2 umatku ketika ingin mati…” baginda juga ada menyebut “UMMATI…UMMATI…UMMATI…”ketika nazaknya ….baginda amat menyayangi umat nya iaitu kita….tapi apa balasan yg kita lakukan kepada Allah dan Rasulullah? Adakah kita sentiasa mengikuti sunnahnya? Adakah kita hidup berpandukan kepada dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah? Tepuk dada tanya iman…
Beliau juga menerangkan serba sedikit tentang niat..( niat yang baik itu penting..niat kerana Allah…kita tak boleh jadi munafik..antara ciri2 munafik ialah susah untuk bersujud ketika di akhirat kelak..oleh sbb itu, kita perlulah sujud /solat sebelum disujudkan/disolatkan…untuk menjauhkan kita terpesong kpd niat yg sala
h dan menjadi orang munafik…kita perlu berusaha untukmenuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh…Ingat..” Menuntut ilmu adalah fardhu ain pada setiap muslim”..tuntutlah ilmu sebelum diangkat, iaitu sebelum mati…)

Selesai ceramah..solat isyak..pastu..kami ada ceramah dari seorang ustaz di SMK Sanzac…tajuk beliau ialah “ Hijrah dan Akademik”…Kalo dilihat kepada tajuknya..kita tertanya-tanya apa kaitan hijrah rasulullah dan akademik seseorg?
Setiap orang ada idola yang tersendiri..tapi bagi umat islam..hanya seorang sahaja yg sempurna dan baik utk diikuti iaitu Rasulullah s.a.w…kalo dilihat, setiap pergerakan, perbuatan, amalan rasulullah…mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran…dalam penghijraha rasulullah,kita dapat melihat banyak hikmah.antaranya:
1. Hijrah rasulullah yang dilakukan hanya kerana Allah…berlaku dalam keadaan semuanya berhati bersih…Jadi kita sebagai plajar mestilah mempunyai hati yang bersih dan berusaha untuk menanggalkan penyakit2 seperti hasad dengki, riak, ujub dan lain2 agar berjaya di dalam akademik hanya kerana ALLAH Taala..

2. Penghijrahan mereka bermula dari MEKAH ke MADINAH..rasulullah menjadikan Madinah sebagai satu platform untuk bardakwah…
Bagi seorang pelajar yang ingin berjaya dalam akademiknyer, mestilah ada satu platform/ tempat khas untuk blajar…tempat yang selesa, bersih dan tenang dari gangguan keluarga dan persekitaran..kita boleh bandingkan sebanyak mana input seseorang yang blajar di ruang tamu yang terbuka TVnya dan di dalam bilik yang tertutup? Siapakah yang akan mendapat 100% fokus dlm pembelajarannya? Tentulah orang yang tenang tanpa sebarang gangguan…”takder orang yang boleh lakukan 2 kerja dalam satu masa..” itu lah kata2 yg sering keluar dari mulut ketua sektor merangkap bekas pengetua sekolah aku jika kami bising ketika beliau berucap…hehhehe…

3. Banyak lagi peristiwa2 hijrah yang boleh diambil iktibar oleh kita semua..lebih2 lagi sebagai seorg pelajar…Rasulullah s.a.w telah mengajar banyak cara untuk kita berjaya dalam akademik, kokurikulum dan juga berjaya dlm kehidupan duniawiukhrawi…
 Kita mestilah memilih kawan yang baik… seorang kawan mestilah tahu dan dapat menerima kelemahan dan kebaikan kita…supaya senang berinteraksi dan berkomunikasi dalam pembelajaran serta dalam kerja dakwah…
 Untuk berjaya juga..kita boleh mengundur selangkah untuk 10 langkah kehadapan....
 Kita juga memerlukan perancangan yang strategik seperti mana Rasulullah merancang penghijrahannya ke Madinah…Rasulullah merancang dengan sangat teliti dan akhirnya berjaya juga….bagi kita sebagai seorang muslim dan pelajar, kita mestilah melakukan perancangan yg strategik dalam meningkatkan akademik kita..mula2, tentukan MATLAMAT!.lepas tu, buat jadual belajar yg berkesan..dan insyallah…kita akan berjaya…
Sebagai kesimpulannya…hmmmm..time ni aku mengantuk…yang aku dapat tangkap… >>apa2 kejayaan sekalipun yang kita dapat….kita mestilah kembali pada ALLAH yang Maha Pencipta…kita mesti SABAR dan SYUKUR…ringankanlah mulutmu mengucap hamdalah…….Habis jer ceramah…..alhamdulillah..minum malam…(kata orang supper ) …milo 2 cawan dan maruku satu dulang…Dah kenyang…pastu aku ingat boleh ar trus tidor..tapi….hehehehhe..rupanya ada satu slot lagi…
Kami diminta untuk berkumpul di tempat letak kereta…lepastu kami diarahkan untuk mengambil sesuatu yang kamu hargai di sekeliling tempat letak kereta tersebut dalam masa 5 minit….ada yang ambik bunga..ada yang ambik daun kering…ada yang letak handset…macam2 lar..korang nak tau aku amik apa?..aku tak ambik apa2..sbb benda yang paling aku hargai adalah diri aku..termasuklah iman dan islam yang dikurniakan oleh ALLAH kepadaku…lps tu..kami diterangkan apa tujuan arahan tersebut sebentar tadi…
Sebenarnya tidak perlu mengambil apa2 kerana benda utama yang paling kita kena hargai dan kita sayangi ialah IMAN dan ISLAM yang ada dalam diri kita…ader satu kisah yang diceritakan oleh akh tersebut…tajuknya “Kisah Si Palui” .. si palui ni sama jer macam pak kaduk dan lebai malang…ada banyak kisah..tapi yang paling aku ingat…apabila…………….
Pada suatu hari, Si Palui pergi ker satu upacara pengebumian mayat di hujung kampungnya…lalu, apabila mayat tersebut ingin dikebumikan....Si Palui tercium bau yang busuk, lalu dia pun pulang ke rumah akibat tidak tahan bau busuk yang datang dari mayat tersebut…Si Palui mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak berdaya untuk melakukan amalan seharian seperti mandi, makan, dan apa2 jelar…apabila dia sampai di rumah, dia terus menyuap makanan kepada ibunya..walaupun Si Palui ini palui orangnya, tapi dia taat dan hormat ibunya yg sudah tua itu….
Sambil Si Palui menyuap makanan kepada ibunya…tiba-tiba..ibunya terkentut…sejak dari azali lagi, kita tahu semua kentut berbau BUSUK…Si Palui tercium lalu dia menangis…..kerana apa? Kerana dia mengatakan dan menganggap bahawa ibunya sudah mati..padahal, ibunya sekadar terkentut sahaja dan blum mati…Si Palui terus menggali kubur untuk ibunya…selesai menggali.. si Palui mengangkat ibunya dan menanamnya hidup2 sambil menangis…he
hehehehe….palui sungguh….harap kita tak tergolong dalam org2 yg macam ni…aminnnn
Cerita ini banyak pengajarannya….apa faktor Si Palui tega menanam ibunya hidup2? IMAN dan ISLAM dan juga ILMU….3 aspek ini amat penting bg kita untuk terus berjaya dalam hidup dan menegakkan khilafah islamiah satu masa nanti…dgn IMAN yang MANTAP…ISLAM yang DIFAHAMI secara terperinci…serta ILMU yang banyak dan BERMANFAAT utk semua orang… TIDAK MUSTAHIL..SATU HARI NANTI,,ISLAM AKAN MENANG !!!!!
Alhamdulillah..dah habis dah slot muhasabah diri…kitorang kembali ke bilik tidur dan membaca surah al-Mulk bersama2…sebelum tidur..aku juga mendapat satu lagi ilmu yang boleh dikongsi bersama…
Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a:
Janganlah engkau tidur k melainkan engkau telah melakukan 3 perkara..
1> menghabiskan/ mengkhatamkan 1 mashaf Al-Quran..
2> mendapat syafaat Muhammad s.a.w..
3> meminta maaf dengan semua orang..
Aishah bertanya bagaimana dia dapat melakukannya…
1> Membaca surah al-ikhlas sebanyak 3 kali..kerana membaca satu surah tersebut..diibaratkan seperti 1/3 dari Quranul Karim
2> Berselawat keatas Rasulullah s.a.w
3> Untuk memohon maaf kepada orang lain..kita perlu Memaafkannya terlebih dahulu…


Alhamdulillah…kami pun kena suruh tidur dan bangun pukul 4.00…tapi paham2 lar pelajar puteri ni, kena suruh tidur…benda lain plak dia boowat…termasuk aku (^_^)..aku menghabiskan hafalan surah al-muthofifin dan membaca buku temanku ..Raihan asyura..yang bertajuk “tokoh2 islam”…lepastu, sembang sekejap ngan kak achik ( haslina sabli)…pastu…
Bismikallahumma ahya wa amud….ya allah, bangunkanlah aku di sepertiga malamMu…

0 comments: