Saturday, February 6, 2010

tudung dan Wanita s0lehaH..



Wanita, dirimu begitu berharga
Seindah-indah hiasan di dunia adalah Wanita solehah..
Peribadinya terjaga dan terpelihara
Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan

Insyallah…setiap hari akan ada persoalan tentang wanita…pelbagai persoalan yang dituju untuk wanita…jadi, saper yang nak menambah ilmunya, memantapkan keimanannya..boleh lar baca dalam ruang ni..setiap hari yer…..dan persoalan ini dipetik dari buku UNTUKMU WANITA dikarang oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)...


PERSOALAN PERTAMA:
>> Apa pendapat ustaz mengenai isu bertudung dalam kalangan wanita yang dikatakan sudahtidak menepati ciri-ciri wanita muslimah, seolah-olah tidak ada beza antara bertudung mahupun ‘free hair’?

Jawapan  HINA ISLAM, BERTUDUNG DAN BERMAKSIT LEBIH BESAR DOSANYA

“ Amat memalukan, Ustaz. Saya ada menjumpai satu video yang menunjukkan pasangan Melayu, yang dirakam di tasik2 dan di tempat awam yang sedang bercumbu-cumbuan…hampir 95% daripada pelakunya bertudung, yang jenis tidak sempurna, ustaz. Apa pandangan ustaz?” tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah yang disampaikanmenyentuh isu berkenaan aurat.

Selang beberapa hari kemudian, pemuda yang bertanya itu menghantar e-mel kepada saya berserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Rajiun! Memang amat mendukacitakan…

Pemuda itu juga seperti ‘kepeningan’ dgn persekitaran ini dgn katanya, “ Wajarkah saya membuat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau yang berfesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ini jenis yang ‘murah’ dan boleh diajak seks bebas dgn mudah hari ini. Apa pandangan ustaz?” Sambung lelaki itu lagi..” saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang, ustaz. Harapnya mereka masih dapat pertahankan maruah dan kesucian mereka serta tidak menjadi seperti si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan si free hair!”..

Lalu kata pengarang…wahai wanita bertudung, kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenar. Janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai ALLAH SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi hanya sementara. Carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

INGAT!! Dosa wanita bertudung yang melakukan maksiat lebih hebat daripada wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat..hal ini boleh difahami dari Firman ALLAH SWT:

Maksudnya: “ wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH untuk melaksanakannya.”
( surah Al-Ahzab:30 )

Kata pengarang..mmemang benar ayat ini ditujukan khas untuk isteri2 Nabi SAW disebabkan kemuliaan dan kedudukan mereka yang sangat mulia. Bagaimanapun, ayat ini menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya ( jika boo-wat maksiat).
Demikianlah juga kata pengarang bagi wanita yang bertudung yang telah menaiktarafkan kedudukannya dgn kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat..maka jelaslah..dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas....bertaubatlah!!!

0 comments: