Friday, February 5, 2010

LANGKAH PERTAMAKU...


Assalamualaikum..First time aku menulis..ntah kenapa tiba2 nak menulis mcm abi…aku kagum ngan penulisan abi aku di dalam blognya..bagaimana abi menyusun atur ayat2 dan menggabungkan dgn ayat2 al Quran…aku ingin menjadi sepertinya…kata orang..alah bisa tegal biasa…jadi mulai harini aku cuba untuk menulis…saper yang tak faham, apa yang aku cuba sampaikan…harap bgtahu yer..insyallah..aku cuba untuk memahamkan..doakan agar aku dpt menjadi seperti abi dan dai’e2 yang lain…kerana aku ingin mengubah dunia…aku ingin berjuang dalam menegakkan kalam dan syariat ALLAH, di muka bumi ini…Ya ALLAH..bantulah aku dalam menjadi seorang pendakwah yang hebat dan lebih hebat dari dai’e yang lain…jaukanlah aku dari pengaruh2 yang akan merosakkan hati ini yang akan memberi nuktatus sauda’ di qalbi ini…dan yang terakhir…Ya Allah…berkatilah kedua umi dan abi aku…tempatkan mereka didalam org2 yang kau berkati di akhirat kelak..aku menyayangi umi dan abi keranaMu..Ya ALLAH..perkenankan doa ku..amminn.


Aku amat menganggumi semua hasil karya Habiburrahman El Shirazy (indonesian)..termasuklah Hafalan Solat Delisa, Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat2 Cinta… semua karyanya memberi kesan impak yang mendalam dalam diriku…setiap novelnya mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan…ini membuatkan salah satu impian ku adalah untuk bertemu dengan beliau…walaupun aku bukanlah berada di dalam bidang sastera dan bukanlah hobiku menulis sebuah novel seperti beliau..tapi aku amat kagum dengan karyanya..aku kagum dengan jalan ceritanya…aku kagum dengan keoptimisan beliau..aku kagum dengan gaya bahasa yang ditulis oleh beliau….


Di sini aku menyedari bahawa sebenarnya beliau menggunakan novelnya sebagai satu medan dakwah..ini adalah cara yang terbaik bagi seorang penulis seperti beliau..kerana pada zaman sekarang semua lapisan masyarakat, lebih2 lagi dalam kalangan syabab, minat membaca novel..karya Habiburrahman juga bukanlah seperti karya novel terbitan Alaf 21..yang hanya menceritakan cinta duniawi dan bukanlah cinta kerana Allah..bagi Habiburrahman..^buku yang indah adalah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah^ (muka depan Hafalan Solat Delisa)…tambahan pula…banyak hasil karyanya dijadikan filem dan aku paling meminati sebuah filem yang diadaptasi dari novel Habiburrahman El Shirazy iaitu Ketika Cinta Bertasbih…ramai kawanku bertanya apa yang menariknya filem tersebut…kerana bagi mereka…filem yang begitu sama sahaja dengan filem2 yang lain….TAPI..bagi diriku..Ketika Cinta Bertasbih amat berbeza dengan filem2 yang lain…aku bukan terlalu mengagung-agungkan filem tersebut..tetapi bagi aku..alangkah indahnya hidup bersyariat…dalam memilih calon suami, dalam pembelajaran, dalam berbakti kepda ibubapa, dan segalanya yang kita lakukan di dunia yang sementara ini… semua ini, banyak ditunjukkan dalam filem tersebut, melalui lakonan Abdullah Khairul Azzam, Anna Althafunnisa, Ayatul Husna, Milatul Ulya dan ramai lagi..itulah tarikan sebenar filem tersebut…

Aku sedih setiap kali melangkah keluar dari rumah, dan ingin menuju ke suatu tempat seperti bandaraya, malah di universiti sendiri dimana tempat ayahku mencari rezeki untuk kami sebagai pensyarah (UMS)..aku sedih.. kerana apa? Hampir 85% penduduk Sabah beragama Islam…namun 80% daripadanya, hanya islam pada nama dan bukannya dalam kehidupan seharian..bagi golongan bapa2..bila mereka akan kembali kpd sunnah Rasulullah? .. jawapannya apabila ketika menyentuh isu poligami..tetapi dalam kehidupan mereka sebagai pemimpin keluarga Islam, mereka langsung tidak memberi contoh kepada ahli keluarganya..apatah lagi untuk mengajarnya…adapun keluarga Islam yang baik dari segi akhlaknya, kebahagiaan rumahnya..namun, tidak ada gunanya kebaikan tersebut jika tidak di salurkan kepada ummah…mereka tidak ada matlamat hidup…mereka tidak ada fikrah (kesedaran dalam memahami apa itu islam dan memperjuangkannya)…aku terbayang keadaan putera puteri sekarang..yang hanya segelintir daripada mereka sahaja menyedari betapa teruknya umat islam pada harini…hanya segelintir sahaja yang menyertai usrah sebagai checkpoint dalam mentarbiyah diri..bagaimana pula yang sebahagiannya lagi…yang langsung tidak mempunyai sensitiviti terhadap keadaan ummah..yang menjadi salah seorang daripada penyebar penyakit2 sosial…bagi aku, bukannya mereka tidak mampu tapi mereka tidak menyedari realitinya…kerana mereka tidak mencari…aku pernah bertanyakan kawanku..”kenapa kau tak ikut usrah?”...dan dia jawab, “family aku lain, family kau lain, ALLAH belum bagi petunjuk dan bukakan pintu hidayah”…aku kecewa dengan jawapannya sebagai seorang pelajar lepasan sekolah agama…padahal, kami adalah rakan sekolah selama 5 tahun di sekolah agama yang cukup bagus dalam melahirkan khalifah2 muda untuk kegunaan islam…bagi golongan seperti ini, mereka ini hanya penunggu dan bukannya pencari..aku teringat kata2 muallimku, Ustazah Wan Rosmawati…”kamu ini Penunggu ka Pencari…kejayaan akan datang pada mereka yang mencari dan kegagalan akan datang bagi yang menunggu..”..kata-kata ini amat berkesan dalam kehidupanku…dan aku menyedari bahawa dalam hidup ini..jika sesiapa hanya menunggu datangnya hidayah dan petunjuk, maka gagal lah hidup seseorang itu, bukan sahaja di dunia dan di akhirat…tapi, jika ia mencari jalan dalam mendapatkan hidayah dan petunjuk ALLAH, insyallah, ia akan berjaya dalam hidupnya di dunia dan akhirat..Rasulullah saw bersabda: “berbahagialah orang yang memperoleh petunjuk ke dalam Islam dan hidup sederhana serta qana’ah dalam menjalani hidupnya”. Bagi mereka yang menyerah dirinya hanya untuk duniawi..ingat….Rasulullah saw membacakan wahyu ALLAH yang diturunkan kepada beliau di hadapan Fatimah Az Zahra:

Maksudnya: “Janganlah kau jadikan harta benda dan anak-anak(mereka) sebagai sesuatu yang menakjubkan dirimu."At-Taubah: ayat 85

Maksudnya: “ Dan jangan sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka sebagai bunga kehidupan dunia.”Taha: ayat 131

Sementara menunggu keputusan SPM ni…(3 bulan..) aku cuba utk menghabiskan silibus usrah ku daripada Jilid 2 [Asas-asas Islam]…alhamdulillah..aku sudah habis menghafal surah Al-Infitar dan Al-Muthoffifin dan al-insyiqaq....dan semua isi kandungannyer..insyallah aku bleh huraikan kpd org lain satu masa nanti…aku juga tertarik dengan satu tajuk dalam bilangan 1.15.. Penyucian Jiwa: manusia mempunyai persediaan untuk melakukan kebaikan dan kejahatan..

Firman Allah Taala:
>>Surah As Syams: 7-10
>>Surah An Naziat: 37-41

Apa yang aku dapat dari ayat2 diatas, jelas menunjukkan bahawa manusia ini adalah makhluk kejadian yang ada dwi-kesediaan, dwi-tabiat dan juga dwi-halatuju..kenapa perkataan “dwi” digunakan oleh penulis..kerana tabiat pembentukan manusia adalah gabungan daripada tanah bumi dan tiupan ruh daripada ALLAH…secara logiknya..manusia ini dicipta drpd tanah yang hina dan tiupan ruh dari ALLAH Azza Wajalla yang mulia…manusia telah diberi persediaan yang sama untuk melakukan kebaikan dan kejahatan, memilih kesatan atau kejahatan…kerana manusia mampu membezakan antara hak dan batil secara hakikatnya….kita patut malu kpd haiwan kerana walaupun ia tidak mempunyai akal fikiran…namun, mereka juga tau bahawa mana perbuatan yg betu dan salah..contohnya, jika kita lihat, seekor kucing yang mencuri makanan, ia akan membawa lari makanan tersebut daripada pemiliknya..tetapi, jika kita memberi makanan kepadanya dengan cara yang baik, ia tidak akan membawanya lari dari tempat asal…dari fenomena ini..aku dapat melihat bahawa kucing juga tahu bahawa perbuatan mencuri itu…adalah salah…

Itu untuk seekor haiwan yang tidak ada akal…tetapi bagi seorang manusia, makhluk yang dicipta oleh ALLAH yang dikurniakan akal fikiran..kenapa mereka tidak dapat memikirkan bahawa perbuatan mencuri itu salah? Kerana nafsu yang tidak dapat ditahan oleh diri..kerana iman yang kurang…kerana terdapatnya nuktah sauda’ di dalam hati mereka…kerana kurangnya didikan agama..padahal, manusia mampu untuk memandu arah tuju dirinya kpd kebaikan dan kejahatan dalam kadar kemampuan yang sama…

Firman ALLAH:
Dan Kami telah memberi petunjuk kepadanya untuk melalui 2 jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (al-balad:10)

Jadi sekarang pilihan di tangan anda…
ingin menjadi PENUNGGU atau PENCARI…
ingin menjadi PENDAKWAH atau PEROSAK AGAMA..
ingin mencpai kebahagiaan DUNIA atau kebahagiaan AKHIRAT..
dan yang paling utama….ingin masuk SYURGA atau NERAKA…
pilihan terletak di tangan anda..pilihan terletak di mana tahap kemantapan iman anda….
Tepuk dada tanya iman…..

4 comments:

( MNT ) said...

salam ziarah..

xnk add widget sh0ut0ut ke?
lau nk, klik je kt widget bl0g 0rg laen..
neway, truskn pjuangn..m0ga dberi kmudahn dlm stiap usaha dakwah..

Penawar Suci said...

ok..insyallah..ana try...terma kasih atas doamu....gud luck jugak...

Eyqa Zaque said...

wah.. updat2.. jgan upa visit gua punya ah.. hehe

Penawar Suci said...

thanks eka...mmiss u..support me ar...