Wednesday, March 10, 2010

Aku & sPecmaTa..


Mana specmata aku ni?” aku bertanya pada diriku sendiri…sepanjang malam aku mencari, tapi tak jumpa2 juga, dan akhirnya aku surrender…tidur…

Keesokan harinya…

Kaka nak taw mana spec kaka?” tanya umi sambil tersenyum..” pagi tadi umi nak bangun tahajjud tp tgk jam, awal lagi…pastu umi duduk ar dekat kerusi tu..pastu krekkkk...tgk2…bingkai specmata kakak dah patah…hehehhe” aku juga turut ketawa…”hehhehhe..takperlar umi…” aku menjawab..



Di dasar hati aku..” bagus jugak umi terduduk..boleh aku beli spec baru…lgpun degree aku makin tinggi…asyik tgk komputer jerkan dlm masa 3 bulan ni…” Selama 4 hari aku menunggu untuk membuat specmata yg baru…sepanjang tempoh itu, masyallah…hanya ALLAh jer yg tahu macam mana perasaan aku…dah lar tak nampak, pastu pening, pastu tambah lagi nak amik rezalt dlm masa terdekat ni….subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallauakbar..hanya orang yg pakai spec mcm aku jer, taw apa perasaan kalau tak pakai spec slama beberapa hari..yg telah dianggap sebagai satu keperluan PENTING!!! Dan bukan lagi kehendak!!

Begitular perlu dan pentingnya sebuah cermin mata bagi seseorang yang rabun..dan begitu jugalah perlu dan pentingnya iman, ilmu, akhlak mahmudah, fikrah perjuangan dan islam bagi seseorang yang bergelar manusia khusunya seorang dai’e….yang telah menyedari fikrah perjuangan…yang telah tahu matlamat hidup sebagai hamba ALLAH di muka bumi yang sementara ini…..





Surah az zariyat:56










Surah albaqarah:30

Apa kaitannya iman, islam dan akhlak mahmudah dalam diri manusia? Sama ker macam pentingnya specmata untuk orang2 yang rabun?... Bg aku sama sahaja kaitannya..kerana kalau kita lihat zaman era globalisasi kini, ramai orang tidak mempunyai iman yang mantap, akhlak yg baik, fikrah perjuangan dan juga pegangan agama yang tak kukuh, apa yang kita boleh nampak pada orang2 yang sebegini? Mungkin mereka bahagia di dunia, tp aku yakin mereka tidak akan bahagia di akhirat yang kekal kelak…mereka seolah-olah rabun untuk menuju ke matalamat hidup yang semua orang impikan iaitu kesenangan di akhirat..dan tiada tempat yang paling indah melainkan SYURGA!!

Iman dan Islam adalah nikmat yang paling besar..kerana dengannya manusia akan selamat dunia dan akhirat dan kelak akan masuk ke syurga yang penuh kesenangan dan kebahagiaan..










Surah al-baqarah:25

Sama jugak macam manusia yang rabun..nikmat apabila dapat memakai specmata yang sama degreenya dan dapat melihat apa yang kita ingini..betul tak? Sbb kalau kita tak pakai specmata…masyallah, pening, tak nampak dan macam2 lagilar..dan kekadang akan menganggu emosi kita…

Begitu juga kalau tanpa Iman dan Islam, manusia akan menderita di dunia dan di akhirat, pasti akan masuk neraka jahannam..







Aliimran:116

Oleh itu, kita mesti bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan , jauhi laranganNya dan ikuti perintahNya..untuk mengelakkan kita masuk ke dalam neraka…faham matlamat hidup dan sumbangkan sesuatu kerana ada syair arab ..” Jika kamu tidak menambah apa2 di dunia ini, maka kamulah penambah yang tidak berguna..”

Janganlah kita mensia-siakan masa yang ada…dan jangan pula kita sombong di dunia..kesian!! kalau kita renungkan, kita ni makhluk yang kerdil yang ada di muka bumi ini, sebenarnya sama jer kita ngan binatang. Bezanya kalau kita tahu matlamat hidup menggunakan akal yang diberi oleh ALLAH SWT..Kalau kita tak taw matlamat hidup, sama jelar kita cam kucing, anjing, babi dan sebagainya… dan akan berlaku kitaran hidup yang BODOH!!. Tapi lagi bodoh orang yang tahu matlamat hidup, tapi tidak berbuat apa-apa…nauzubillah…





al-anfal:55

Konklusinya para pembaca skalian….

Jagalah iman dan Islam anda sepertimana anda menjaga specmata anda…jangan pernah jadi sebuah robot yang dihasilkan oeh seorang saintis yang bernama Man-U-siA Lay-Car… yang mana kerjanya hanya cucuk plag (untuk tambah energy & power) dan pusing2 untuk menghabiskan energy tersebut..pastu cucuk balik..pusing2…cucuk..pusing2..cucuk…itu sahaja kerja robot Man-U-SiA Lay-Car tersebut dan akhirnya riwayatnya tamat tanpa buat apa2 dan langsung tiada sumbangan bg kemajuan negara… dan kalau lar iman dan Islam anda rosak..cepat2 muhasabah diri dan perbaiki kembali…sama juga kalau specmata anda patah atau pecah..cepat2 pergi kedai kat 1 Borneo tu dan buat specmata baru..agar tidak buta selama-lamanya..wallahualam..



p/s>> Terima kasih abi dan umi sebab keluarkan duit utk beli spec baru…hehehe..sayang umi dan abi kerana ALLAH SWT..



2 comments:

Eyqa Zaque said...

wah spec baru. mana ko punya post utk spm?

Penawar Suci said...

hehehe...tu bukan gambar spec syifa yg real....yang real lagi garang bentuknyer...hehehe...ppost utk spm....insyallah, di masa hadapan...teruskan menyokong penawar yer....syg teman2 kerana ALLAH